• twitter
  • rss

.



" di Sting Garden tengah pekan yang tak lama lagi jadi bandar tu. ada satu masalah kepada kanak - kanak riang termasuklah anak muda remaja yang jiwanya macam jiwa kanak - kanak. satu saja masalahnya. tapi yang satu inilah yang menyusahkan. tak ada padang bola "

dia ambil nafas. digenggamnya mikrofon yang disua. diperbetulkan letaknya supaya selesa.kemudian dia sambung bercakap.

" tak ada padang bola. maksudnya tak boleh main bola. tak boleh main bola, maksudnya kaki - kaki yang ala - ala ronaldo, fabregas, torres, dan mesut tak dapat berbakti. jiwa pun tak puas, sebab bola adalah sebahagian dari kehidupan kanak - kanak dan anak muda remaja yang jiwanya persis kanak - kanak. di mana kami semua nak percikkan bakat kami ni? "

dia bangkitkan persoalan yang dia saja boleh jawab. rakannya di sebelah menyambung bila dia bagi mikrofon pada rakannya itu.

" untunglah kami semua kreatif. sangat kreatif. dari kesusahan kami ciptakan kesenangan. jalan tar di depan rumah, dijadikan gelanggang bola kami. tempat letak motorsikal dijadikan gawang. nasiblah kalau ada motor tengah parking. redah aje! yang penting puas dapat sepak menyepak bola + sepak kaki orang. bhahaha! "

rakannya gelak. seraya menyerahkan mikrofon tadi kepada dia kembali. kalis gelak macam setan agaknya.

" bola pulak, bola getah, yang harganya paling mahal dua ringgit. beli, tong - tong satu team. satu team ada dalam enam orang. dua muda remaja jiwa kanak - kanak, empat kanak - kanak. jadilah tu. bola tak sah kalau tak berganti selang tiga ke empat hari. kalau tak pecah, bocor. takpe. yang penting puas. itu yang kita nak. "

kali ini, rakannya yang paling hujung di suruh berbicara. sengaja, kerna dia tahu, rakannya yang satu itu pemalu. ini masanya dia dikenakan. aha!


" err...jalan tu kecik, kalau disuruh orang dewasa berbaris, adalah dalam lima orang boleh muat. itupun kena baris rapat - rapat. memang sempit! ini lagi mini dari futsal. tapi takpe. yang penting puas. "

cepat - cepat rakannya yang pemalu itu menolak mikrofon kembali kepada dia. apa ni, dia orang tengah main bola apa? ciss!

" bila main, wooaaaa! macam - macam skill keluar. 360, Elastico, Scissor, cakap je apa teknik, semua ada. teknik menjahanamkan kaki pun ada. o yea! main itu macam baru puas. "

" jalan tar tu, jadi laluan paling sibuk bila petang. bila time budak - budak sekolah balik. rabak aa. sekali jalan, mau dalam lima enam kereta berbaris nak lalu. masa tu. bola angkat. kaki rehat. nafas mengah. sebab kena tunggu kereta tu semua lalu dulu. main aa, tapi lepas tu, hospital marii!! kalau sekali redah tak apa, ni ada shift pulak, lepas 5 minit, tak puas lagi nak sepak menyepak, bola baru nak lepas gawang, kereta lalu. kena berhenti lagi. memang haprak. sebab tu lah, main sampai maghrib. orang tua dah bising, baru lintang pukang masuk rumah. ini termasuklah muda remaja tu, kan dah cakap, mereka tu, jiwa kanak - kanak. tak percaya, asyik gelak aja. aih. "

" memang jalan tar tu sempit. tapi ada rahmat. bila main macam tu, skill main bola makin bagus. setakat wakil sekolah, macam gampang. naik sampai universiti, jadi wakil lagi. bola padang dengan futsal. semua dalam tangan. tak sangka pulak, kami semua diperhatikan coach Malaysia kan. dia rekrut kami semua masuk reserve. sampai jadi main team. terima kasih aa kat coach dan padang tar tu! lu rock aa !! "

mereka semua akhirnya mengambil ruang untuk pergi. mikrofon yang tadinya dibuat macam bola, kembali semula kepada wartawan yang dari tadi tak habis - habis mencatat.

" Baiklah penonton semua.. itu dia temu ramah saya dengan wakil negara yang telah mengharumkan nama negara di Piala Dunia 2024 ini. 10 minit yang lalu, pasukan Harimau Malaya kita ini, telah mengaum garang dengan menewaskan Sepanyol, 1 - 0!!! untuk menjuarai Piala Dunia pertama untuk negara. Lihatlah, bagaimana jalan tar yang dijadikan padang bola, menjadi titik tolak kepada bakat mereka yang luar biasa. Saya, Nur Halimah Saadon, melaporkan dari Brazil untuk TiVi Frinjan!! "

0

.

" tak guna punya Jahal! berani dia lari. semalam macam bagus gila kan. setan betol!! " bentak hatinya tatkala  jahal tak sengaja terpijak tangan seorang wanita yang sedang layu di lorong JIJIK itu.

di belakang. di rasakannya ada kaki sedang melangkah ke arahnya. laju. padu. dia menoleh ke belakang. takut - takut. matanya terbelalak. " argh. tidak!! habislah aku " dilihatnya beberapa lembaga sedang menuju ke arahnya.. dengan senyuman. dan sesuatu di tangan mereka. pisau mungkin.

saat itu, kakinya tak mampu melangkah lagi. dia redha. " mak, ayah, orang mintak maaf "

xxx

" haa! datang pun kau! aku ingat tak jadi tadi! haha " nyalak jahal tatkala melihat dia sedang melangkah longlai ke arah dia dan rakan - rakan.  " hmmm.. aku dah sampai. jomlah gerak " dia selamba. jahal sentak. " kenapa berani sangat budak ni? " bisik jahal. tapi mustahil jahal mahu ditelan ego seorang budak penggeli kan. dia dengan bongkak menyahut. " jom! ." .... "ok kawan - kawan. kita tengok macam mana budak penggeli ni lari lintang pukang bila tengok tahi bertempek dekat kampung tu. haha. korang jangan lupa rakam tau. ini baik punya video ni. malam ni kita upload pegi youtube. sure hi-hits punya! haha ! " jahal bercakap dengan gaya crook samseng kampung pisang p.ramlee.

xxx

" eh. apa ni. pebenda yang lembut macam donut mak kiah ni?? " jahal berbicara. dia sudah malas melayan kerenah nya. dari tadi tak habis - habis mengenakan dia. " mental punya budak  jahal "  . melihat tidak dipedulikan. jahal bengang. mukanya memerah. ditolaknya dirinya. dia jadi geram. tapi tak mampu membalas. kerana kaki jahal sudah hinggap di perutnya. dia senak. perutnya diraba. sakit. dahinya berkerut menahan rasa sakit yang menjalar. ketika itulah. muka mula jadi pucat. bukan kerana sakit yang menggigit. tapi kerana sesuatu yang dilihatnya. sesuatu yang menakutkan.

" aa..aa..apa tu,jej..jej..jahal ? pe..pe..pebenda yang k..k..k...kau pijak tu? aaa..aaa...asal k..k..k..kasut kau ada d...d...darah?? " jari telunjuknya diluruskan ke arah lembaga yang sedang terlentang di dinding lorang JIJIK itu. lembaga itu, ditimbuni sampah sarap. mungkin itu puncanya mereka tidak melihatnya dari tadi.

" jadah kau ni? mana apa kat kasut aku. kau jangan nak takutkan aku. aku sepak lagi perut boroi kau tu kang. baru sedap kau! "  

" tak lah bodoh! memang ada lah. cuba kau tengok tu! " dia pelik. entah dari mana kekuatannya datang, hingga berani membentak jahal malah memanggilnya bodoh. satu perkataan yang selama ini tersimpan jauh di dalam kemarahan yang di pendam.

kali ini jahal percaya. kali ini. dia tahu. mesti ada sesuatu. diraba kasutnya. darah!! . ditoleh kepalanya ke belakang. mukanya pucat. kulitnya seperti sedang ditoreh sekarang. putih. di hadapannya. lembaga sedang terlentang. separa duduk sebenarnya. dengan tangannya sedang meleleh darah. dia pasti. tangan itu yang lembut seperti donut mak kiah.

dia sedang merencana langkah seribu. satu dua tiga.. zoooommm!! sepantas kilat dia berlari. menangis. menjerit. " maaakkkkkk!! tolong jahaaaalllllll!!!!!! "

dari sudut yang tidak jauh dari situ. berpasang - pasang mata sedang menahan gelak. jerat mereka menjadi. mayat buatan cikgu sains mereka, Cikgu ADIB, seorang pakar membuat mayat artifisial, nampaknya memberi kesan.

perlahan - lahan mereka melangkah ke arah nya. dengan kamera di angkat tinggi. ingin melihat reaksi seorang budak penggeli... 

0

.

dari fizikal luaran. dia sendiri tidak pasti jumlah hari yang tepat untuk menggambarkan waktu kematian wanita itu. tekaannya mungkin 10 hari. ini kerana, perut wanita itu sudah mula membusung, bola matanya sudah tertanggal dari kantung mata, namun masih dapat dilihat urat saraf yang mengikat bola mata itu. mulutnya yang ternganga dipenuhi ulat - ulat kecil. yang menggeliat di dalam lohong hitam mulut wanita tersebut. kelihatan ada seekor dua dari ribuan mungkin juga jutaan ulat yang bersarang di mulut wanita itu, jatuh, menyertai kawanan ulat yang menggauli tubuh wanita itu.

perutnya yang membusung. mengeluarkan lendir - lendir putih pekat. yang menjijikkan. mengalir ke arah celah - celah kelengkang wanita itu. wanita itu. masih kelihatan berbaju. namun sedikit koyak. mungkin digigit anjing. kerana bahunya kelihatan koyak. seperti diratah. makanya, dia buat andaian sendiri, sudah ada anjing liar yang memakan daging wanita itu, kulitnya juga mula mereput. meninggalkan sesiapa yang melihat, dengan tulang temulang saja.

bau wanita itu, meloyakan. dia sendiri sudah muntah 5 hingga 6 kali sepanjang setengah jam dia memerhatikan wanita itu.

dia sendiri sedang keliru. mengapa dia tidak lari saja dari situ. seperti ada sesuatu yang membuatkan dia menunggu. sedangkan, mengikut logik, dia sepatutnya sudah lari jauh dari tempat itu, spontan melihat mayat wanita yang menjijikkan itu. dia dikenal sebagai lelaki penggeli oleh teman apatah lagi musuhnya. kerap kali dia diejek oleh rakan sekelasnya. kerap kali juga dia dikenakan oleh rakan sekelasnya dengan lipas yang sudah mati. kerap kali juga, dia lari ketakutan tatkala dikenakan dengan benda - benda sebegitu.

satu hari. dia diejek oleh rakan sekelasnya. teruk dia kena. diejek. dikeliling oleh bulatan yang dibentuk rakan - rakannya semata - mata mahu menghalang dia dari melarikan diri seperti biasanya ( korang nak buat wall of death ke apa? ) lagi teruk. rakan - rakannya itu membaling macam - macam jenis binatang yang sudah mati ke arahnya. cicak mati, lipas mati, belalang mati. setiap kali ingin melarikan diri, dia ditolak sehingga terjatuh. di lorong itu pula, tiada sesiapa yang lalu. makanya, dia tak mampu untuk melarikan diri. tidak tahan dengan penghinaan ini semua. dia mencabar rakan - rakannya itu. dia akan ke lorang JIJIK dengan kampung BUSUK. bersama - sama ketua mereka. Jahal! itu pun, katanya, kalau si Jahal itu berani.

dia dapat lihat. Jahal berkerut muka saat dicabar. rakan - rakan yang lain menoleh kepada dia dengan muka yang penuh dengan tanda tanya. Jahal yang sedar diperhatikan. dengan bongkak terus membusungkan dada keringnya, dan mengherotkan bibir ke bawah, dan berkata " ok! bila kau nak pegi?? "

dia selamba. kakinya dirasakan menggigil. " errr... esok.. esok kan cuti. kii...kita pppeeegi esok la. pu..pukul 4 petang! aku nak, bu.. bu.. budak - budak lllllain pun sama ada ma... masa kita nak ge..gerrrak tu.. ok? " dia menggeletar. kepalanya ditundukkan sekali sekala. tak sanggup menentang mata rakan yang lain/

" baik! kita set ok! besok, pukul 4 " sahut Jahal dengan suara penuh bongkak "kau jangan tak datang pulak esok!!, " kepalanya ditojol - tojol Jahal " kawan - kawan! esok kita tengok budak pengecut ni lari lintang pukang!! hahahahaha!! , " Jahal berdekah, disambut kawan-kawannya yang lain. dekah Jahal dan rakan-rakannya semakin sayup, seiring perginya mereka meninggalkan dia sendiri di lorong itu.

kampung BUSUK,lorong JIJIK adalah tempat paling pailang di tempat mereka. kampung itu, lorong itu, adalah tempat terakhir ingin dijejaki oleh sesiapa saja, hatta yang baru kenal dengan tempat itu. kampung itu, mendapat jolokan sebegitu kerana sememangnya kampung itu busuk. penduduk yang tinggal di situ, pengotor belaka. apa saja jenis hampas hatta milik mereka sendiri dibuang merata. maka, melihat tahi manusia bertempek merata di jalan - jalan kampung tersebut adalah perkara biasa. kerana itu juga, tak ramai yang sanggup melalui kampung tersebut. lorong JIJIK diberi nama sebegitu, kerana antara lorong - lorong yang paling kotor, lorong itulah yang paling kotor. tidak ada perkataan yang layak untuk menggambarkan tahap kekotoran yang melanda lorong tersebut. maka, JIJIK dipilih. dia sendiri tidak pernah tahu mengapa begitu teruk keadaan kampung dan lorong tersebut. dia sendiri tidak mahu mengambil tahu.

malangnya, esok, dia harus melalui kampung itu, dia harus pergi ke lorong itu. " habislah aku, " bisik dia, sebelum matanya dikatupkan. menunggu hari esok, yang pastilah malang..







0