• twitter
  • rss

.

dari fizikal luaran. dia sendiri tidak pasti jumlah hari yang tepat untuk menggambarkan waktu kematian wanita itu. tekaannya mungkin 10 hari. ini kerana, perut wanita itu sudah mula membusung, bola matanya sudah tertanggal dari kantung mata, namun masih dapat dilihat urat saraf yang mengikat bola mata itu. mulutnya yang ternganga dipenuhi ulat - ulat kecil. yang menggeliat di dalam lohong hitam mulut wanita tersebut. kelihatan ada seekor dua dari ribuan mungkin juga jutaan ulat yang bersarang di mulut wanita itu, jatuh, menyertai kawanan ulat yang menggauli tubuh wanita itu.

perutnya yang membusung. mengeluarkan lendir - lendir putih pekat. yang menjijikkan. mengalir ke arah celah - celah kelengkang wanita itu. wanita itu. masih kelihatan berbaju. namun sedikit koyak. mungkin digigit anjing. kerana bahunya kelihatan koyak. seperti diratah. makanya, dia buat andaian sendiri, sudah ada anjing liar yang memakan daging wanita itu, kulitnya juga mula mereput. meninggalkan sesiapa yang melihat, dengan tulang temulang saja.

bau wanita itu, meloyakan. dia sendiri sudah muntah 5 hingga 6 kali sepanjang setengah jam dia memerhatikan wanita itu.

dia sendiri sedang keliru. mengapa dia tidak lari saja dari situ. seperti ada sesuatu yang membuatkan dia menunggu. sedangkan, mengikut logik, dia sepatutnya sudah lari jauh dari tempat itu, spontan melihat mayat wanita yang menjijikkan itu. dia dikenal sebagai lelaki penggeli oleh teman apatah lagi musuhnya. kerap kali dia diejek oleh rakan sekelasnya. kerap kali juga dia dikenakan oleh rakan sekelasnya dengan lipas yang sudah mati. kerap kali juga, dia lari ketakutan tatkala dikenakan dengan benda - benda sebegitu.

satu hari. dia diejek oleh rakan sekelasnya. teruk dia kena. diejek. dikeliling oleh bulatan yang dibentuk rakan - rakannya semata - mata mahu menghalang dia dari melarikan diri seperti biasanya ( korang nak buat wall of death ke apa? ) lagi teruk. rakan - rakannya itu membaling macam - macam jenis binatang yang sudah mati ke arahnya. cicak mati, lipas mati, belalang mati. setiap kali ingin melarikan diri, dia ditolak sehingga terjatuh. di lorong itu pula, tiada sesiapa yang lalu. makanya, dia tak mampu untuk melarikan diri. tidak tahan dengan penghinaan ini semua. dia mencabar rakan - rakannya itu. dia akan ke lorang JIJIK dengan kampung BUSUK. bersama - sama ketua mereka. Jahal! itu pun, katanya, kalau si Jahal itu berani.

dia dapat lihat. Jahal berkerut muka saat dicabar. rakan - rakan yang lain menoleh kepada dia dengan muka yang penuh dengan tanda tanya. Jahal yang sedar diperhatikan. dengan bongkak terus membusungkan dada keringnya, dan mengherotkan bibir ke bawah, dan berkata " ok! bila kau nak pegi?? "

dia selamba. kakinya dirasakan menggigil. " errr... esok.. esok kan cuti. kii...kita pppeeegi esok la. pu..pukul 4 petang! aku nak, bu.. bu.. budak - budak lllllain pun sama ada ma... masa kita nak ge..gerrrak tu.. ok? " dia menggeletar. kepalanya ditundukkan sekali sekala. tak sanggup menentang mata rakan yang lain/

" baik! kita set ok! besok, pukul 4 " sahut Jahal dengan suara penuh bongkak "kau jangan tak datang pulak esok!!, " kepalanya ditojol - tojol Jahal " kawan - kawan! esok kita tengok budak pengecut ni lari lintang pukang!! hahahahaha!! , " Jahal berdekah, disambut kawan-kawannya yang lain. dekah Jahal dan rakan-rakannya semakin sayup, seiring perginya mereka meninggalkan dia sendiri di lorong itu.

kampung BUSUK,lorong JIJIK adalah tempat paling pailang di tempat mereka. kampung itu, lorong itu, adalah tempat terakhir ingin dijejaki oleh sesiapa saja, hatta yang baru kenal dengan tempat itu. kampung itu, mendapat jolokan sebegitu kerana sememangnya kampung itu busuk. penduduk yang tinggal di situ, pengotor belaka. apa saja jenis hampas hatta milik mereka sendiri dibuang merata. maka, melihat tahi manusia bertempek merata di jalan - jalan kampung tersebut adalah perkara biasa. kerana itu juga, tak ramai yang sanggup melalui kampung tersebut. lorong JIJIK diberi nama sebegitu, kerana antara lorong - lorong yang paling kotor, lorong itulah yang paling kotor. tidak ada perkataan yang layak untuk menggambarkan tahap kekotoran yang melanda lorong tersebut. maka, JIJIK dipilih. dia sendiri tidak pernah tahu mengapa begitu teruk keadaan kampung dan lorong tersebut. dia sendiri tidak mahu mengambil tahu.

malangnya, esok, dia harus melalui kampung itu, dia harus pergi ke lorong itu. " habislah aku, " bisik dia, sebelum matanya dikatupkan. menunggu hari esok, yang pastilah malang..







0

0 ulasan:

Catat Ulasan