• twitter
  • rss

.

" tak guna punya Jahal! berani dia lari. semalam macam bagus gila kan. setan betol!! " bentak hatinya tatkala  jahal tak sengaja terpijak tangan seorang wanita yang sedang layu di lorong JIJIK itu.

di belakang. di rasakannya ada kaki sedang melangkah ke arahnya. laju. padu. dia menoleh ke belakang. takut - takut. matanya terbelalak. " argh. tidak!! habislah aku " dilihatnya beberapa lembaga sedang menuju ke arahnya.. dengan senyuman. dan sesuatu di tangan mereka. pisau mungkin.

saat itu, kakinya tak mampu melangkah lagi. dia redha. " mak, ayah, orang mintak maaf "

xxx

" haa! datang pun kau! aku ingat tak jadi tadi! haha " nyalak jahal tatkala melihat dia sedang melangkah longlai ke arah dia dan rakan - rakan.  " hmmm.. aku dah sampai. jomlah gerak " dia selamba. jahal sentak. " kenapa berani sangat budak ni? " bisik jahal. tapi mustahil jahal mahu ditelan ego seorang budak penggeli kan. dia dengan bongkak menyahut. " jom! ." .... "ok kawan - kawan. kita tengok macam mana budak penggeli ni lari lintang pukang bila tengok tahi bertempek dekat kampung tu. haha. korang jangan lupa rakam tau. ini baik punya video ni. malam ni kita upload pegi youtube. sure hi-hits punya! haha ! " jahal bercakap dengan gaya crook samseng kampung pisang p.ramlee.

xxx

" eh. apa ni. pebenda yang lembut macam donut mak kiah ni?? " jahal berbicara. dia sudah malas melayan kerenah nya. dari tadi tak habis - habis mengenakan dia. " mental punya budak  jahal "  . melihat tidak dipedulikan. jahal bengang. mukanya memerah. ditolaknya dirinya. dia jadi geram. tapi tak mampu membalas. kerana kaki jahal sudah hinggap di perutnya. dia senak. perutnya diraba. sakit. dahinya berkerut menahan rasa sakit yang menjalar. ketika itulah. muka mula jadi pucat. bukan kerana sakit yang menggigit. tapi kerana sesuatu yang dilihatnya. sesuatu yang menakutkan.

" aa..aa..apa tu,jej..jej..jahal ? pe..pe..pebenda yang k..k..k...kau pijak tu? aaa..aaa...asal k..k..k..kasut kau ada d...d...darah?? " jari telunjuknya diluruskan ke arah lembaga yang sedang terlentang di dinding lorang JIJIK itu. lembaga itu, ditimbuni sampah sarap. mungkin itu puncanya mereka tidak melihatnya dari tadi.

" jadah kau ni? mana apa kat kasut aku. kau jangan nak takutkan aku. aku sepak lagi perut boroi kau tu kang. baru sedap kau! "  

" tak lah bodoh! memang ada lah. cuba kau tengok tu! " dia pelik. entah dari mana kekuatannya datang, hingga berani membentak jahal malah memanggilnya bodoh. satu perkataan yang selama ini tersimpan jauh di dalam kemarahan yang di pendam.

kali ini jahal percaya. kali ini. dia tahu. mesti ada sesuatu. diraba kasutnya. darah!! . ditoleh kepalanya ke belakang. mukanya pucat. kulitnya seperti sedang ditoreh sekarang. putih. di hadapannya. lembaga sedang terlentang. separa duduk sebenarnya. dengan tangannya sedang meleleh darah. dia pasti. tangan itu yang lembut seperti donut mak kiah.

dia sedang merencana langkah seribu. satu dua tiga.. zoooommm!! sepantas kilat dia berlari. menangis. menjerit. " maaakkkkkk!! tolong jahaaaalllllll!!!!!! "

dari sudut yang tidak jauh dari situ. berpasang - pasang mata sedang menahan gelak. jerat mereka menjadi. mayat buatan cikgu sains mereka, Cikgu ADIB, seorang pakar membuat mayat artifisial, nampaknya memberi kesan.

perlahan - lahan mereka melangkah ke arah nya. dengan kamera di angkat tinggi. ingin melihat reaksi seorang budak penggeli... 

0

0 ulasan:

Catat Ulasan